Thursday, 8 May 2014

Brunei seronok untuk bawa keluarga berjalan

Pengalaman berjalan di Brunei diterus kan lagi. Masih lagi di hari pertama. Selepas check in di HOTEL GRAND CITY kami diberi ruang untuk rehat kan badan sehingga tengahari. Macam biasa la..peluang yang ada tak akan dilepas kan. Hanis dan Hasya terus mintak kebenaran nak berendam dalam 'bath tab'.
  Hampir sejam seronok dalam air kami pun bersedia untuk trip kami. Pertamanya kami di bawa makan tengahari dulu. Kami di bawa ke kedai makan ala-ala Jepun. RESTORAN SAJIAN AIKO SUSHI.
  Ini lah kali pertama kami anak beranak ke kedai makan ala jepun. Walaupun sebelum ini kami tak pernah tapi alhamdulillah semua boleh makan. Untuk pengetahuan anak pertama kami Hanis memang susah nak masuk makanan lain kecuali nasi putih dan lauk-lauk melayu biasa. Atau paling dasyat pun mi. Tekak ala kampung nama lain nya. Tapi dah pesan banyak kali bila pergi tempat orang kene juga belajar makan makanan lain. Pelbagai makanan disedia kan di kedai ni. Hidangan disedia kan secara 'buffet'. Paling sedap air cincau campur jagung. Berkali-kali saya menambah.
  Selesai makan kami terus di bawa ke lokasi wajib kalau datang ke Brunei. KAMPUNG AIR..
  Menurut pemandu pelancong kami di sana kampung air adalah kampung asal kebanyakan penduduk di Brunei. Berbanding dulu dengan sekarang kampung air sudah banyak berubah. Malah sekarang kerajaan Brunei telah sedia kan rumah-rumah jenis batu 2 tingkat tapi masih di dalam air. Kemudahan di kampung air sekarang hampir lengkap. Ada sekolah rendah, sekolah menengah, balai polis, masjid dan balai bomba (ini semua yang kami dapat lihat). Pekerjaan penduduk di kampung air juga semakin baik daripada hanya bekerja sebagai nelayan kepada pekerjaan di sektor awam dan swasta.
  Di kampung air kami juga sempat di bawa masuk ke salah sebuah rumah penduduk di sana. Boleh di kata kan rumah mereka lebih luas dan banyak bilik. Oh ye hampir telupa. Pengangkutan utama penuduk kampur air semestinya bot. Bagi mereka yang bekerja di darat 'parking' kereta di sedia kan untuk mereka.  Malam percuma tapi di waktu siang hari bekerja bermula jam 8 pagi 'parking' perlu di bayar.
  Di Brunei,  hari bekerja mereka juga 5 hari. Cuma yang beza nya mereka dengan kita ialah mereka cuti pada hari JUMAAT dan AHAD.
  Pada malam hari pertama itu kami di bawa makan malam ke kedai ala Indonesia, PONDOK SARI WANGI. Antara perkara yang paling seronok ketika berjalan di Brunei adalah bila tiba waktu makan. Kami pasti akan di bawa ke kedai yang menyediakan hidangan yang sangat sedap dan kedai boleh di katakan memang 'grand'.
  Inilah perjalanan kami untuk hari pertama. Memang seronok.  Kami juga ingin 'promote' syarikat pelancongan yang kami guna kan ini iaitu HAFZA TOURS & SERVICES. Nanti  sambung lagi ye cerita menarik kami ni. Jangan lupa ikut blog saya ini Impiankeluargasihat.blog.com

Tuesday, 6 May 2014

Brunei Darussalam yang sangat tenang

  Seronok nya bila kami anak beranak akhirnya dapat sampai ke Brunei. Sebelum ni bila nak ke Brunei orang dok cakap buat ape la nak g sana, bukan ada ape pun..tapi bila dah sampai rasa nak duduk lama-lama kat sana.
  Kami pergi berlima anak beranak sekali dengan abah kasim..abah saya. Kami seperti biasa guna kan khidmat pemandu pelancong Hafza Tours & Services. Pejabat nya ada di Masjid Tanah, Melaka. Kali ni kali yang ke dua pergi dengan agen Hafza ni. Puas hati dan harga yang berpatutan.
  Brunei mempunyai kapadatan penduduk lebih kurang 300 000 orang dan terdiri daripada 4 buah daerah. Daerah nya Tutong, Belait, Tamburong dan Brunei Muara. Di sana kami tinggal di Hotel Grand City yang terletak di ibu negara Brunei iaitu Bandar Seri Begawan yang terletak di daerah Brunei Muara.
  Hotel Grand City tak la banyak bintang. Pemandu pelancong cakap macam takda bintang. Tapi pada kami sangat la berbaloi duduk hotel ni. Yang paling penting anak-anak kami hanis dan hasya sangat suka sebab ada 'bath tab' dalam bilik air. Ape lagi budak-budak ni pantang balik bilik mestu nak menyelam. Makanan pagi pun ok. Cukup dulu untuk cerita kali ni. Lepas ni sambung lagi. Ini setakat setengah hari kami baru sampai di Brunei. Akan sambung lagi tempat nak ronda-ronda yang menarik kat Brunei ni.