Thursday, 10 July 2014

KELEBIHAN MENGAMAL KAN VITAMIN C SETIAP HARI

APA ITU VITAMIN C
  .Dikenali juga sebagai asid ascorbic
  . Merupakan vitamin larut air
  . Sesetengah haiwan boleh hasilkan vitamin c sendiri
  . Tetapi manusia mesti kene dapat kan dari sumber luar iaitu daripada makanan.
  . Sumber terbaik vitamin c adalah buah- buahan segar dan sayur- sayuran

SEJARAH VITAMIN C
  Kalau dulu vitamin c diguna kan untuk rawat scurvy. Tapi sekarang dah jarang ada penyakit scurvy ni. Scurvy ni adalah penyakit gusi yang kronik disebab kan oleh kekurangan vitamin c.

APAKAH MANFAAT VITAMIN C
  1. Membentuk kolagen
     - kolagen adalah sebatian asas untuk rangka, gusi, tisu, otot dan tulang rawan
     - jadi boleh kurang kan kedut dan halang otot jadi lembik

  2. Membaik pulih sistem pendarahan
     Kurang nya vitamin c akan sebabkan
     - gusi berdarah
     - lebam di kulit
     - cedera atau luka lambat sembuh
     - kulit kering
     - ruam
     - kulit kasar

 3. Peningkatan Sistem imun
    - bina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yg lebih baik
    - bantu  sel darah putih untuk menentang bakteria dan kuman
    - kukuh kan sistem imun
    - kurangkan alergi hidung, kulit dan asthma
    - kurang kan selsema
    - proses pemulihan cepat

4. Memerangi kanser
    - anti oksida
    - dapat meningkat kan interferon semulajadi badan
    - ransang pengeluaran T-cells untuk lawan sel-sel kanser
    - buang kimia berbahaya dalam tubuh
    - menghapuskan radikal bebas daripada serang sel kita

6. Mencantikkan kulit
    - untuk cerahkan kulit
    - melambatkan penuaan
    - menyekat pigmen, pigmen boleh sebabkan ada nya jeragat

7. Memperbaiki insomnia dan keresahan

8. Kekalkan kolestrol sihat
    - kurangkan kolestrol
    - kurangkan tekanan darah
    - kekalkan kapilari darah yang sihat
    - hindarkan arteriosklerosis (salur darah tersumbat) dan thrombosis
    - halang pendarahan dalaman, hidung berdarah, skurvi dan pendarahan cerebral

APA YANG ISTIMEWANYA VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE??
. Ia terkandung 500mg vitamin c
. 1 tablet bersamaan 7 biji buah limau yang segar
. 2 tablet vitamin c boleh kekal selama 24 jam dalam plasma darah
. Setiap tablet terkandung 120mg bioflavanoid ( 25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah)
. Fungsi bioflavanoid :
- tingkatkan keberkesanan vitamin c dlm badan
- legakan inflamasi (keradangan)
- menentang infeksi bakteria
- menentang radikal bebas

AMARAN!!
1. 1 batang rokok boleh hapuskan lebih kurang 50mg-100mg vitamin c
2. Keresahan mempercepatkan pengecutan vitamin c
3. OCP (pil perancang) dan pil tahan sakit (pain killer) boleh susutkan vitamin c yang banyak
4. Overdose vitamin c boleh menyebabkan cirit birit

CADANGAN PENGAMBILAN
. Untuk keperluan harian bagi kekal sehat dicadang kan untuk mengambil vitamin c antara 60mg - 100mg
. Jika ada masalah kesihatan dan atas nasihat doktor dicadangkan pengambilan vitamin c antara 500mg - 2g
    
             

Thursday, 3 July 2014

Istimewa nya Vivix Shaklee

  Alhamdulillah..bulan Julai dah..dan Alhamdulillah dalam bulan ni juga adanya ramadhan yang sangat mulia. Bulan yang penuh keberkatan, penuh dengan keampunan serta penuh dengan rahmat Allah. Semoga dengan peluang umur yang masih ada..peluang kesihatan yang masih diberikan oleh Allah kepada kita..dapat lah kita gunakan dengan sebaik nya untuk mempertingkatkan ibdah hanya kepada Nya.
  Untuk entri kali ni saya nak share pasal vivix.  Memandangkan bulan Julai ni shaklee buat promosi besar-besaran untuk vivix.  Jadi memang tak patut kita lepaskan peluang ni. Boleh kongsi ramai-ramai. Atau bulan ni boleh bagi hadiah raya pada mak, ayah, mak mertua, pak mertua and yang paling penting untuk kita sendiri..hah dah 5 botol. Tambah lagi satu botol boleh dapat percuma satu lagi botol.

APA ISTIMEWA VIVIX NI??
  Adalah revolusi terkini yang shaklee buat di mana ia boleh bertindak pada peringkat sel. Ia semulajadi daripada tumbuhan dan sangat berkesan sebagai anti penuaan.

KANDUNGAN VIVIX??
  1) Anggur Muscadin
        . Sumber terbaik sebagai anti oksida
        . Anti radang

  2) Elderberry/ Sambucus Nigra
        . Untuk penyembuhan ' flu'
        . Kandungam vitamin c yang tinggi

  3) Purple Carrot
        . Ada asid klorogenik dalam semua carrot yang boleh bantu kurang kan kencing manis

  4) Polygonium Cuspidatom
        . Ada resveratrol

RESVERATROL
  . Atioksida yang sangat kuat
  . Berfungsi:
     - meningkatkan tenaga
     - kurangkan kandungan gula dalam darah
     - bahan antikanser
     - kawal berat badan

FUNGSI UMUM VIVIX
  . Lindung dan baiki DNA sel
  . Beri kesan positif pada kawalan genetik
  . Galak kan biogenesis (pembentukan mitokondria sel)
  . Lambatkan pembentukan protein AGE ( advanced glycotion end products) iaitu lambat kan proses penuaan

Selain itu ia membantu dalam menjaga:
  - kesihatan jantung
  - kesihatan otak
  - sistem imun
  - antioksida
  - peningkatan tenaga pada tahap sel

CARA PENGAMBILAN
  . makan 1 sudu teh/ sudu kecil sehari setiap pagi
  . Lepas tu pasti kan minum air yang banyak ( nanti tekak rasa perit dan kering kalau air tak mencukupi)
  . Sesuai untuk yang berumur 18 tahun ke atas

MACAM MANA RASA VIVIX YE??
  Rasa macam ribena yang pekat dan masm manis

BERAPA LAMA TAHAN SEBOTOL??
  . Kalau kita sorang je yang ambil insya Allah tahan 2 bulan
  . Kalau 2 orang kita dan suami jadi cepat la sikit habis nya
  . Kalau culas kadang makan kadang tak makan jadi nya tahan lebih dari 2 bulan

HARGA
  Sebotol rm 495 lebih kurang untuk 2 bulan. Jadi sebilan lebih kurang rm 250. Dan sesudu lebih kurang rm 8.30.
  * nampak mahal tapi harga sangat berbaloi dengan kesan penggunaan nya.

NOTA KAKI..
  . Jangan lepas kan peluang bulan Julai ini atau mana-mana bulan pun untuk dapat kan produk hot shaklee ni.
  .Hubungi saya ZAKIAH di talian 019 6226653 (wa atau sms)
  . Atau boleh dapat kan terus di KLINIK PERGIGIAN IMPIAN, MELAKA SENTRAL

  Sekian terima kasih..wasalam..

 

       

Sunday, 29 June 2014

Vitamin B Complex dan Kelebihan nya

  Seronok nya bila ada blog sendiri ni kan. Macam ilmu boleh share dalam ni. Tak kesah la ilmu melancong ke..ilmu gigi ke..ilmu shaklee ke..semua boleh. Kali ni saya nak kongsi sikit tentang Vitamin B COMPLEX.
  Saya suka dengan vitamin B COMPLEX ni. Kandungan nya yang terdiri daripada 8 jenis vitamin di dalam nya.

APA ITU VITAMIN B COMPEX?
  Merupakan vitamin larut air yang terdiri B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12.

1. B1 (THIAMINE)
    - bantu badan kita hasil kan sel-sel baru   yang sihat.
    - juga dikenali sebagai vitamin anti-stress disebabkan oleh kemampuan B1 ni untuk melindungi sistem imun.
    - juga bantu pecahkan karbohidrat untuk hasilkan tenaga.

2. B2 ( RIBOFLAVINE)
    - antioksida di mana ia membantu untuk bertindak ke atas radikal bebas dalam badan yang boleh merosakkan sel badan.
    - melambatkan proses penuaan (awet muda)
    - menghalang dari terjadinya penyakit jantung.
    - bantu penghasilan sel darah merah di mana sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam badan manusia.
    - sebahagian kajian mengatakan juga membantu mencegah migrain.

B3 (NIASINS)
     - tingkatkan bilangan kolestrol HDL (kolestrol baik). Oleh itu kolestrol jahat LDL berkurang.
     - selalu nya B3 kurang dalam individu yang suka mengambil alkohol.
      - juga  boleh merawat masalah jerawat.

B5 (PANTOTHENIC ACID)
     - Pantothen membawa makna 'everywhere', jadi boleh didapati dlm kebanyakan makanan.
     - ia boleh pecahkan lemak & karbohidrat untuk hasilkan tenaga.
     - membantu dalam penghasilan hormon berkaitan seks & stress termasuk testosteron.
     - juga bantu hasilkan kulit sihat.
     - kurangkan tanda penuaan kulit

B6 ( PYRIDOXINE)
     - kawal atur asid amino dalam badan ( horocysteine) iaitu berkaitan dengan penyakit jantung.
     - peranan yang lebih utama iaitu 'control mood & sleep pattern' sebab ia membantu badan hasilkan hormon serotinin, melatonin dan norepinephrine (stress hormone).
     - sesetengah kajian mengatakan B6 boleh kurangkan inflamasi pada pesakit rheumatoid arthritis.

B7 (BIOTIN)
     -  berkaitan dengan kesihatan rambut, kulit & kuku (vitamin kecantikan).
     - juga bantu mengawal gula pada pesakit kencing manis.
     - untuk ibu mengandung, iaitu untuk tumbesaran bayi.

B9 (ASID FOLIK)
     -elak hilang ingatan
     - bantu tumbesaran bayi
     - elak kelahiran bayi cacat
    
B12 ( COBALAMIN)
     - bekerjasama dengan B9 untuk hasilkan sel darah merah & bantu zat besi hasilkan protein pengangkut oksigen iaitu hemoglobin.
    
KENAPA PERLU PILIH VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE???

. Kadar serapan yang tinggi dan berkualiti walaupun yang sebenarnya asid folik susah untuk diserap.
. Larut air, tidak akan disimpan, sebaliknya akan disingkirkan.  Oleh sebab itu tidak menjadi masalah untuk ambil b complex shaklee setiap hari.

BAGAIMANA INGIN MEMILIH VITAMIN B COMPLEX DI PASARAN???

. Terkandung semua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12.
. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
. Elakkan membeli vitamin b complex yang mengandungi rumusan larut air.

DOS CADANGAN

. Untuk kesihatan yang berpanjangan ambil 1 biji sehari selepas makan.
. Jika ada masalah kesihatan seperti rambut gugur, anemia, migraine dah sebagainya boleh ambil 2 hingga 3 kali, 1biji setiap kali ambil selepas makan.

KENAPA URIN KUNING???

. Jangan risau kerana ia merupakan situasi normal kerana terdapat nya elemen warna kuning dalam B complex. B complex vitamin larut air di mana yang tidak diserap hari-hari akan disingkir kan, jadi tiada masalah untuk mengambil vitamin B complex setiap hari.
 
TAMBAHAN
. Vitamin B complex akan meransang metabolisme dan menyebabkan tubuh mengeluarkan haba. Oleh sebab itu pengambilan B complex seeloknya selari dengan pengambilan air masak yang mencukupi..

Alhamdulillah perkongsian saya  tentang b complex insya Allah hampir lengkap. Sebarang pertanyaan atau jika mahu mencuba boleh hubungi saya di talian
019 6226653 atau bagi orang melaka boleh datang terus ke klinik saya di Melaka Sentral , Klinik Pergigian Impian.
 
    

Thursday, 8 May 2014

Brunei seronok untuk bawa keluarga berjalan

Pengalaman berjalan di Brunei diterus kan lagi. Masih lagi di hari pertama. Selepas check in di HOTEL GRAND CITY kami diberi ruang untuk rehat kan badan sehingga tengahari. Macam biasa la..peluang yang ada tak akan dilepas kan. Hanis dan Hasya terus mintak kebenaran nak berendam dalam 'bath tab'.
  Hampir sejam seronok dalam air kami pun bersedia untuk trip kami. Pertamanya kami di bawa makan tengahari dulu. Kami di bawa ke kedai makan ala-ala Jepun. RESTORAN SAJIAN AIKO SUSHI.
  Ini lah kali pertama kami anak beranak ke kedai makan ala jepun. Walaupun sebelum ini kami tak pernah tapi alhamdulillah semua boleh makan. Untuk pengetahuan anak pertama kami Hanis memang susah nak masuk makanan lain kecuali nasi putih dan lauk-lauk melayu biasa. Atau paling dasyat pun mi. Tekak ala kampung nama lain nya. Tapi dah pesan banyak kali bila pergi tempat orang kene juga belajar makan makanan lain. Pelbagai makanan disedia kan di kedai ni. Hidangan disedia kan secara 'buffet'. Paling sedap air cincau campur jagung. Berkali-kali saya menambah.
  Selesai makan kami terus di bawa ke lokasi wajib kalau datang ke Brunei. KAMPUNG AIR..
  Menurut pemandu pelancong kami di sana kampung air adalah kampung asal kebanyakan penduduk di Brunei. Berbanding dulu dengan sekarang kampung air sudah banyak berubah. Malah sekarang kerajaan Brunei telah sedia kan rumah-rumah jenis batu 2 tingkat tapi masih di dalam air. Kemudahan di kampung air sekarang hampir lengkap. Ada sekolah rendah, sekolah menengah, balai polis, masjid dan balai bomba (ini semua yang kami dapat lihat). Pekerjaan penduduk di kampung air juga semakin baik daripada hanya bekerja sebagai nelayan kepada pekerjaan di sektor awam dan swasta.
  Di kampung air kami juga sempat di bawa masuk ke salah sebuah rumah penduduk di sana. Boleh di kata kan rumah mereka lebih luas dan banyak bilik. Oh ye hampir telupa. Pengangkutan utama penuduk kampur air semestinya bot. Bagi mereka yang bekerja di darat 'parking' kereta di sedia kan untuk mereka.  Malam percuma tapi di waktu siang hari bekerja bermula jam 8 pagi 'parking' perlu di bayar.
  Di Brunei,  hari bekerja mereka juga 5 hari. Cuma yang beza nya mereka dengan kita ialah mereka cuti pada hari JUMAAT dan AHAD.
  Pada malam hari pertama itu kami di bawa makan malam ke kedai ala Indonesia, PONDOK SARI WANGI. Antara perkara yang paling seronok ketika berjalan di Brunei adalah bila tiba waktu makan. Kami pasti akan di bawa ke kedai yang menyediakan hidangan yang sangat sedap dan kedai boleh di katakan memang 'grand'.
  Inilah perjalanan kami untuk hari pertama. Memang seronok.  Kami juga ingin 'promote' syarikat pelancongan yang kami guna kan ini iaitu HAFZA TOURS & SERVICES. Nanti  sambung lagi ye cerita menarik kami ni. Jangan lupa ikut blog saya ini Impiankeluargasihat.blog.com

Tuesday, 6 May 2014

Brunei Darussalam yang sangat tenang

  Seronok nya bila kami anak beranak akhirnya dapat sampai ke Brunei. Sebelum ni bila nak ke Brunei orang dok cakap buat ape la nak g sana, bukan ada ape pun..tapi bila dah sampai rasa nak duduk lama-lama kat sana.
  Kami pergi berlima anak beranak sekali dengan abah kasim..abah saya. Kami seperti biasa guna kan khidmat pemandu pelancong Hafza Tours & Services. Pejabat nya ada di Masjid Tanah, Melaka. Kali ni kali yang ke dua pergi dengan agen Hafza ni. Puas hati dan harga yang berpatutan.
  Brunei mempunyai kapadatan penduduk lebih kurang 300 000 orang dan terdiri daripada 4 buah daerah. Daerah nya Tutong, Belait, Tamburong dan Brunei Muara. Di sana kami tinggal di Hotel Grand City yang terletak di ibu negara Brunei iaitu Bandar Seri Begawan yang terletak di daerah Brunei Muara.
  Hotel Grand City tak la banyak bintang. Pemandu pelancong cakap macam takda bintang. Tapi pada kami sangat la berbaloi duduk hotel ni. Yang paling penting anak-anak kami hanis dan hasya sangat suka sebab ada 'bath tab' dalam bilik air. Ape lagi budak-budak ni pantang balik bilik mestu nak menyelam. Makanan pagi pun ok. Cukup dulu untuk cerita kali ni. Lepas ni sambung lagi. Ini setakat setengah hari kami baru sampai di Brunei. Akan sambung lagi tempat nak ronda-ronda yang menarik kat Brunei ni.

Tuesday, 22 April 2014

penjagaan gigi ibu mengandung

Perkara yang paling syok sekali lepas dah kawin bila dah dapat tau yang kita dah positif..mengandung la tu..seronok la sangat kan...
Semua nak di bagitau nye..yang paling utama suami kita la..seronok memang la seronok..tapi kalo mabuk teruk sangat memang la azab..alhamdulillah sepanjang mengandung 3 anak tak pernah alami mabuk yang teruk. Anak yang pertama je ada la termuntah tiga kali kalau tak silap. Yang lain tu cuma mabuk gitu- gitu je. Tapi takpe..semua tu kan ujian dan cabaran nak tambah pahala kita.
 Ada yang mabuk dan loya teruk sampai nak gosok gigi pun payah. Tu sebab selalu gigi rosak time mengandung. Banyak orang cakap sebab bayi dalam perut dok amek kalsium kita. Tak pun...salah tu..semuaanya sebab kita tak dapat gosok gigi betul- betul.
Tau tak yang antara punca gigi kita cepat rosak sebab asik muntah time mengandung tu..ok takpe..nak bagi tip sikit nak kurang kan gigi rosak time mengandung:

 1. Bila muntah jangan terus gosok gigi. Bilas dengan air biasa dulu. Sebab nya bila muntah asid perut tu keluar sekali dan bila terkena pada gigi boleh menghakis gigi. Kalau kita dok terus berus gigi nanti makin senang enamel gigi terhakis dan gigi lagi cepat berlubang.

2. Kemudian berkumur dengan ubat gigi  yang ada fluorida

3. Kalau takda ubat kumur boleh je guna ubat gigi yang ada fluorida. Kebanyakan ubat gigi sekarang memang ada fuorida. Sapu dulu ubat gigi pada gigi kita.

4. Lepas sejam baru la boleh gosok gigi kita tu ye..

Hah ok kan..tu bab nak jaga gigi..

Yang mengandung pun jangan lupa empat suplemen utama yang biasa kita kene makan..untuk baby dan untuk kita juga..

1. VITALEA: ada zat besi untuk kekalkan hemoglobin dalam darah kita pada tahap yang baik

2. B-COMPLEX: ada asid folik untuk perkembangan bayi dan juga untuk kekalkan ibu pada tahap bertenanga

3. VITAMIN C: untuk ibu kekal sehat dan bantu tingkat kan daya tahan penyakit

4. OSTEMATRIX: mengandungi kalsium untuk kesihatan gigi dan tulang terutamanya pada bayi

Friday, 18 April 2014

seronok dapat buka blog

Alhamdulillah. .akhirnya dapat juga buka blog anugerah terindah. .19/4/2014..
Insya Allah macam-macam nak kongsi dalam blog anugerah terindah ni..sama-sama tunggu nanti ye