Tuesday, 6 May 2014

Brunei Darussalam yang sangat tenang

  Seronok nya bila kami anak beranak akhirnya dapat sampai ke Brunei. Sebelum ni bila nak ke Brunei orang dok cakap buat ape la nak g sana, bukan ada ape pun..tapi bila dah sampai rasa nak duduk lama-lama kat sana.
  Kami pergi berlima anak beranak sekali dengan abah kasim..abah saya. Kami seperti biasa guna kan khidmat pemandu pelancong Hafza Tours & Services. Pejabat nya ada di Masjid Tanah, Melaka. Kali ni kali yang ke dua pergi dengan agen Hafza ni. Puas hati dan harga yang berpatutan.
  Brunei mempunyai kapadatan penduduk lebih kurang 300 000 orang dan terdiri daripada 4 buah daerah. Daerah nya Tutong, Belait, Tamburong dan Brunei Muara. Di sana kami tinggal di Hotel Grand City yang terletak di ibu negara Brunei iaitu Bandar Seri Begawan yang terletak di daerah Brunei Muara.
  Hotel Grand City tak la banyak bintang. Pemandu pelancong cakap macam takda bintang. Tapi pada kami sangat la berbaloi duduk hotel ni. Yang paling penting anak-anak kami hanis dan hasya sangat suka sebab ada 'bath tab' dalam bilik air. Ape lagi budak-budak ni pantang balik bilik mestu nak menyelam. Makanan pagi pun ok. Cukup dulu untuk cerita kali ni. Lepas ni sambung lagi. Ini setakat setengah hari kami baru sampai di Brunei. Akan sambung lagi tempat nak ronda-ronda yang menarik kat Brunei ni.

No comments:

Post a Comment