Seronok nya bila ada blog sendiri ni kan. Macam ilmu boleh share dalam ni. Tak kesah la ilmu melancong ke..ilmu gigi ke..ilmu shaklee ke..semua boleh. Kali ni saya nak kongsi sikit tentang Vitamin B COMPLEX.
Saya suka dengan vitamin B COMPLEX ni. Kandungan nya yang terdiri daripada 8 jenis vitamin di dalam nya.
APA ITU VITAMIN B COMPEX?
Merupakan vitamin larut air yang terdiri B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12.
1. B1 (THIAMINE)
- bantu badan kita hasil kan sel-sel baru yang sihat.
- juga dikenali sebagai vitamin anti-stress disebabkan oleh kemampuan B1 ni untuk melindungi sistem imun.
- juga bantu pecahkan karbohidrat untuk hasilkan tenaga.
2. B2 ( RIBOFLAVINE)
- antioksida di mana ia membantu untuk bertindak ke atas radikal bebas dalam badan yang boleh merosakkan sel badan.
- melambatkan proses penuaan (awet muda)
- menghalang dari terjadinya penyakit jantung.
- bantu penghasilan sel darah merah di mana sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam badan manusia.
- sebahagian kajian mengatakan juga membantu mencegah migrain.
B3 (NIASINS)
- tingkatkan bilangan kolestrol HDL (kolestrol baik). Oleh itu kolestrol jahat LDL berkurang.
- selalu nya B3 kurang dalam individu yang suka mengambil alkohol.
- juga boleh merawat masalah jerawat.
B5 (PANTOTHENIC ACID)
- Pantothen membawa makna 'everywhere', jadi boleh didapati dlm kebanyakan makanan.
- ia boleh pecahkan lemak & karbohidrat untuk hasilkan tenaga.
- membantu dalam penghasilan hormon berkaitan seks & stress termasuk testosteron.
- juga bantu hasilkan kulit sihat.
- kurangkan tanda penuaan kulit
B6 ( PYRIDOXINE)
- kawal atur asid amino dalam badan ( horocysteine) iaitu berkaitan dengan penyakit jantung.
- peranan yang lebih utama iaitu 'control mood & sleep pattern' sebab ia membantu badan hasilkan hormon serotinin, melatonin dan norepinephrine (stress hormone).
- sesetengah kajian mengatakan B6 boleh kurangkan inflamasi pada pesakit rheumatoid arthritis.
B7 (BIOTIN)
- berkaitan dengan kesihatan rambut, kulit & kuku (vitamin kecantikan).
- juga bantu mengawal gula pada pesakit kencing manis.
- untuk ibu mengandung, iaitu untuk tumbesaran bayi.
B9 (ASID FOLIK)
-elak hilang ingatan
- bantu tumbesaran bayi
- elak kelahiran bayi cacat
B12 ( COBALAMIN)
- bekerjasama dengan B9 untuk hasilkan sel darah merah & bantu zat besi hasilkan protein pengangkut oksigen iaitu hemoglobin.
KENAPA PERLU PILIH VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE???
. Kadar serapan yang tinggi dan berkualiti walaupun yang sebenarnya asid folik susah untuk diserap.
. Larut air, tidak akan disimpan, sebaliknya akan disingkirkan. Oleh sebab itu tidak menjadi masalah untuk ambil b complex shaklee setiap hari.
BAGAIMANA INGIN MEMILIH VITAMIN B COMPLEX DI PASARAN???
. Terkandung semua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12.
. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
. Elakkan membeli vitamin b complex yang mengandungi rumusan larut air.
DOS CADANGAN
. Untuk kesihatan yang berpanjangan ambil 1 biji sehari selepas makan.
. Jika ada masalah kesihatan seperti rambut gugur, anemia, migraine dah sebagainya boleh ambil 2 hingga 3 kali, 1biji setiap kali ambil selepas makan.
KENAPA URIN KUNING???
. Jangan risau kerana ia merupakan situasi normal kerana terdapat nya elemen warna kuning dalam B complex. B complex vitamin larut air di mana yang tidak diserap hari-hari akan disingkir kan, jadi tiada masalah untuk mengambil vitamin B complex setiap hari.
TAMBAHAN
. Vitamin B complex akan meransang metabolisme dan menyebabkan tubuh mengeluarkan haba. Oleh sebab itu pengambilan B complex seeloknya selari dengan pengambilan air masak yang mencukupi..
Alhamdulillah perkongsian saya tentang b complex insya Allah hampir lengkap. Sebarang pertanyaan atau jika mahu mencuba boleh hubungi saya di talian
019 6226653 atau bagi orang melaka boleh datang terus ke klinik saya di Melaka Sentral , Klinik Pergigian Impian.
No comments:
Post a Comment